Jumaat, 7 Disember 2012
Do Not Stop Chasing You Dream ....
Hidup ini tidaklah seindah mimpi ,
Namun yang pasti mimpi mungkin menjadi realiti ,
Mengecapi impian adalah cita-cita yang terkandung dalam sanubari setiap insan,
Namun bukan semuanya akan terpilih untuk memilikinya,
Tapi janganlah putus asa ......
Tanamkan tekad untuk mengapai impian yang dianggap ilusi .......
Biar jatuh bangun berjuta kalipun ,
Selagi keazaman terpahat di hati ....
Nescaya pintu kejayaan akan terbentang jua nanti ,
Pendakian menuju puncak kejayaan hanya akan digapai jika kita terus mencuba tanpa jemu ,
Mungkin semalam kita insan yang gagal,
Tapi mungkin esok kita insan yang paling berjaya ,
Biarlah kita mengatur langkah satu persatu mengharungi erti kepayahan dalam hidup,
Agar nanti ,kita sentiasa berasa bangga dengan setiap kejayaan yang telah kita ukir ,
Walaupun kejayaan tersebut kecil di sudut pandangan orang lain ,
Tapi bagi kita ,itulah erti kepuasan sebenar kerana digapai berdasarkan usaha penat lelah kita sendiri ,
Jangan berasa rendah diri dan sedih jika keputusan yang diperoleh tidak memuaskan ,
Jadikan keputusan tersebut sebagai pemangkin diri ,
Kita bukan lemah sebenarnya tetapi kalimah keramat ''MALAS'' yang bersarang dalam diri menjadi faktornya....Gunakanlah kekuatan minda sepenuhnya .....
Lemparkan jauh sifat ini ke dasar laut paling dalam..
Tabahkan hati ,kuatkan semangat demi menuju
'' DESTINASI IMPIAN ''
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan