Sabtu, 8 Disember 2012
Anugerah TERINDAH
Alhamduillah ...
Syukur ke hadrat Illahi di aats segala pemberian nikmat ke atasku hingga hari ini...
Sesungguhnya setiap detik ketika nadi ini berdenyut ...
Ku melafazkan kalimah kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini
Serta memperhambakan diriku kepadaMu demi menjadi penghuni SYURGAMU......
Mudah-mudahan doaku dimakbulkan..
Amin ...
Kali ini aku ingin berkongsi anugerah yang terindah yang
Allah S.W.T berikan kepada setiap manusia iaitu :
KELUARGA
Hargailah mereka kerana kehidupan kita hanya sekali di atas muka bumi ini ..
Kepada yang kurang bernasib baik....
Bersabarlah
Sesungguhnya itu dugaan daripada Allah s.w.t
kepada hamba-hambanya yang beriman...
Aku rasa cukup bertuah dikelilingi dengan limpahan kasih sayang yang bagiku tiada ternilai ...
Insan pertama yang paling aku hormati ialah ayahku ,
Ketegasan ayahku ,
Baharuddin Bin Dhali banyak mengajarku untuk lebih memahami erti sebuah kehidupan
Di sudut kaca mataku ,aku begitu kagum dengan ketabahan ayahku menghadapi segala musibah yang melanda .....
Walaupun dulu aku suka merungut apabila kebebasan aku disekat ,
namun baru hari ini aku sedar bahawa segala perbuatan ayahku itu mempunyai sebab tersendiri....
Tujuannya untuk mendidik aku menjadi insan yang berguna.
Sesungguhnya aku amat menyayangi ayahku kerana bagiku dialah inspirasi utama dalam kehidupan aku.
Insan kedua paling aku hormati ialah
ibu kandungku Che Nah binti Bakar juga mamaku Hajjah Kabeera binti Gulam Rasool
Walaupun Allah S.W.T meminjamkan sementara ibuku kepada ku...
Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana ku tahu perancangan Allah S.W.T paling sempurna...
Mamaku ,insan yang berhati mulia.....
Sanggup menerima kehadiran kami 4 beradik ...
Kasih sayang yang diberikannya begitu suci.....
Sentiasa memberi tunjuk ajarku dalam menunaikan tanggungjwabku,sentiasa melindungiku ketika dalam kesusahan,sanggup bersekang mata menjagaku ketika ku sakit seminggu....
.Sesungguhnya jasamu xkan mampu ku balas ..
Tapi yang pasti .....
Aku akan berusaha untuk membahagiakan kedua ibu bapaku
dan menjaga mereka sebagaimana mereka menjagaku
sewaktu kecil sehingga menuju dewasa ini...
Mudah-mudahan urusanku dipermudahkan Allah S.W.T
Tak lupa juga kepada kakakku ,Siti Nuraim
Walaupun tegas namun tersembunyi kelembutannya dalam berbicara ,
Maaf yea kak long ...
Kalau dulu-dulu xnak dgr nasihat....
Biasalah nakal..Hehehe
Aku selalu 'PAU ' akak aku makanan...
Tapi jangan haraplah nak dpt kecuali bila akak aku tu dah kenyang....
Memang menguji kesabaran betul lah....
Lokek makanan tapi tak lokek duit.....
Kak long memang BEST lah....
Kepada adiku,Siti NurSyuhada yang berada di Uitm Merbok ...
Feymes sket Uitm Merlbourne ...Hahaha
Garang macam singa.....Wohooooooo
Tapi sejak masuk Uitm nih dah jadi feminim sket.....
Dulu keja nak sembur orang ja pantang buat salah sket...
Lawak pun ada..
Tapi sebab aku dah kebal so jadi tak kisah lah...
Seorang yang penyayang..
Love you so much ....
Kalau balik cuti semester ngan dialah aku bermanja-manja...Hehehe
Pemurah n jugak xlokek duit.....
Adik lakiku plak ....
Mustaqim dan Muhammad Ridzuan
Perangai bermusim......tapi itulah keunikan kedua-dua adikku nih...
Memang susah nak dikawal....
Biasalah masih dalam proses mencari identiti diri....
Kena pantau selalu nih.....
Kalau tak pening kepala ayah dan mama aku ....
Tapi disebabkan mereka juga ,keceriaan rumahku tak pernah sunyi dengan suara riuh rendah .......
Sekali-sekala berbalah pendapat tu biasalah.....
''CARIK-CARIK BULU AYAM LAMA-LAMA BERCANTUM JUA ''
Jangan ''BERPATAH ARANG BERKERAT ROTAN '' sudahlah....
Mintak dijauhkan daripadanya...Amin...
Untuk arwah adikku ,Siti Nur Fatehah
Walaupun Allah S.W.T meminjamkanmu sementara untuk kami...
Aku mengucapkan kesyukuran ke atas pemberianmu ini,
Segala kenangan bersamamu akan ku simpan kemas di dalam lubuk hatiku,
Semoga kekal aman di sana...
Inilah garapan aku serba sedikit mengenai KELUARGAku yang tercinta...
Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan di kalangan ahli keluarga,
Janganlah pula kerana mengejar kemewahan sanggup membelakangkan keluarga,
Janganlah malu dengan status sosial diri kita...
Sepatutnya kita berbangga...kerana masih mempunya keluarga.
Kerana bagiku
''HARTA yang paling bernilai di dunia ialah KELUARGA ''
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan