Isnin, 31 Disember 2012
Denyut nadi terakhir 2012 ...
2012 sudah sampai ke penghujungnya..........
Bakal menjelma wajah baru ( 2013 )
di balik sinar pagi sang suria kelak.......
Aku masih lagi disini,
Tetap begini .......Berteleku di hadapan laptop ...
Menghabiskan saat-saat terakhir 2012 bertemankan buku,nota-nota peperiksaan sambil menghirup secangkir air Teh O ,diselemuti kedinginan malam yang mencengkam tulang ...
Mengolah segenap penjuru peristiwa sepanjang tahun ini...
Meneroka kenangan-kenangan yang tercipta.....
Oh,sungguh indah ..
Mungkin yang berada di luar sana meraikan tahun 2013 dengan bermacam-macam cara.....
Tapi bagiku cukuplah dengan mengucapkan kesyukuran kepada-Nya
kerna masih lagi diberi nikmat untuk meneruskan kehidupan....
Azam lama masih lagi kuteruskan
kerana tiada penghujung baginya.........
Perjuangan yang perjalannya masih belum
lagi diketahui kesudahannya.....tapi yang pasti aku akan melakukan yang terbaik untuk memenanginya..
Farewell 2012.Welcome 2013
Sabtu, 8 Disember 2012
Anugerah TERINDAH
Alhamduillah ...
Syukur ke hadrat Illahi di aats segala pemberian nikmat ke atasku hingga hari ini...
Sesungguhnya setiap detik ketika nadi ini berdenyut ...
Ku melafazkan kalimah kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini
Serta memperhambakan diriku kepadaMu demi menjadi penghuni SYURGAMU......
Mudah-mudahan doaku dimakbulkan..
Amin ...
Kali ini aku ingin berkongsi anugerah yang terindah yang
Allah S.W.T berikan kepada setiap manusia iaitu :
KELUARGA
Hargailah mereka kerana kehidupan kita hanya sekali di atas muka bumi ini ..
Kepada yang kurang bernasib baik....
Bersabarlah
Sesungguhnya itu dugaan daripada Allah s.w.t
kepada hamba-hambanya yang beriman...
Aku rasa cukup bertuah dikelilingi dengan limpahan kasih sayang yang bagiku tiada ternilai ...
Insan pertama yang paling aku hormati ialah ayahku ,
Ketegasan ayahku ,
Baharuddin Bin Dhali banyak mengajarku untuk lebih memahami erti sebuah kehidupan
Di sudut kaca mataku ,aku begitu kagum dengan ketabahan ayahku menghadapi segala musibah yang melanda .....
Walaupun dulu aku suka merungut apabila kebebasan aku disekat ,
namun baru hari ini aku sedar bahawa segala perbuatan ayahku itu mempunyai sebab tersendiri....
Tujuannya untuk mendidik aku menjadi insan yang berguna.
Sesungguhnya aku amat menyayangi ayahku kerana bagiku dialah inspirasi utama dalam kehidupan aku.
Insan kedua paling aku hormati ialah
ibu kandungku Che Nah binti Bakar juga mamaku Hajjah Kabeera binti Gulam Rasool
Walaupun Allah S.W.T meminjamkan sementara ibuku kepada ku...
Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana ku tahu perancangan Allah S.W.T paling sempurna...
Mamaku ,insan yang berhati mulia.....
Sanggup menerima kehadiran kami 4 beradik ...
Kasih sayang yang diberikannya begitu suci.....
Sentiasa memberi tunjuk ajarku dalam menunaikan tanggungjwabku,sentiasa melindungiku ketika dalam kesusahan,sanggup bersekang mata menjagaku ketika ku sakit seminggu....
.Sesungguhnya jasamu xkan mampu ku balas ..
Tapi yang pasti .....
Aku akan berusaha untuk membahagiakan kedua ibu bapaku
dan menjaga mereka sebagaimana mereka menjagaku
sewaktu kecil sehingga menuju dewasa ini...
Mudah-mudahan urusanku dipermudahkan Allah S.W.T
Tak lupa juga kepada kakakku ,Siti Nuraim
Walaupun tegas namun tersembunyi kelembutannya dalam berbicara ,
Maaf yea kak long ...
Kalau dulu-dulu xnak dgr nasihat....
Biasalah nakal..Hehehe
Aku selalu 'PAU ' akak aku makanan...
Tapi jangan haraplah nak dpt kecuali bila akak aku tu dah kenyang....
Memang menguji kesabaran betul lah....
Lokek makanan tapi tak lokek duit.....
Kak long memang BEST lah....
Kepada adiku,Siti NurSyuhada yang berada di Uitm Merbok ...
Feymes sket Uitm Merlbourne ...Hahaha
Garang macam singa.....Wohooooooo
Tapi sejak masuk Uitm nih dah jadi feminim sket.....
Dulu keja nak sembur orang ja pantang buat salah sket...
Lawak pun ada..
Tapi sebab aku dah kebal so jadi tak kisah lah...
Seorang yang penyayang..
Love you so much ....
Kalau balik cuti semester ngan dialah aku bermanja-manja...Hehehe
Pemurah n jugak xlokek duit.....
Adik lakiku plak ....
Mustaqim dan Muhammad Ridzuan
Perangai bermusim......tapi itulah keunikan kedua-dua adikku nih...
Memang susah nak dikawal....
Biasalah masih dalam proses mencari identiti diri....
Kena pantau selalu nih.....
Kalau tak pening kepala ayah dan mama aku ....
Tapi disebabkan mereka juga ,keceriaan rumahku tak pernah sunyi dengan suara riuh rendah .......
Sekali-sekala berbalah pendapat tu biasalah.....
''CARIK-CARIK BULU AYAM LAMA-LAMA BERCANTUM JUA ''
Jangan ''BERPATAH ARANG BERKERAT ROTAN '' sudahlah....
Mintak dijauhkan daripadanya...Amin...
Untuk arwah adikku ,Siti Nur Fatehah
Walaupun Allah S.W.T meminjamkanmu sementara untuk kami...
Aku mengucapkan kesyukuran ke atas pemberianmu ini,
Segala kenangan bersamamu akan ku simpan kemas di dalam lubuk hatiku,
Semoga kekal aman di sana...
Inilah garapan aku serba sedikit mengenai KELUARGAku yang tercinta...
Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan di kalangan ahli keluarga,
Janganlah pula kerana mengejar kemewahan sanggup membelakangkan keluarga,
Janganlah malu dengan status sosial diri kita...
Sepatutnya kita berbangga...kerana masih mempunya keluarga.
Kerana bagiku
''HARTA yang paling bernilai di dunia ialah KELUARGA ''
Bertapa di Gedung Ilmu
Perpustakaan...
Jutaan buku hasil nukilan para ilmuwan berada di sana ....
Bagi pengemar-pengemar yang dahagakan ILMU
memang sangat suka kalau diajak lepak di perpustakaan .
Ngadap buku mcm ngadap nasi ...
Bersusun plak mcm menara KLCC.......
Gerun pun ada aihhh.......=.="
Boleh hadam semua sekali masuk ????
Kalau aku setakat 2-3 buku ....
Overlimit memang OUT ar....Kekeke
Tapi aku memang salute lah orang macam ni ..
Yang boleh ngadap buku lama-lama ....^^v
Terbaik!!!!!!!
Nak berguru boleh tak????
Cara nak betul baca buku....
Sebab kalau buku yang penuh teks memang tak sampai 10 minit la...Terus tutup >.<
Mungkin situasi nih sama dengan orang-orang lain....
Tu mukadimah tak seberapa aku......
Biasa la baru bergiat dlam dunia blog nih
So entry dan style penulisan masih tak tentu hala...
Tak pa yang penting ,tulis ikut style diri kita.....
Jom p ke topik yang aku nak cakap...
TRUE STORY nih....
Sepanjang tempoh 2 tahun 5 bulan menimba ilmu di Universiti Utara Malaysia
Semester 5
8/12. .....1st time aku loan 6 buah buku....Tahniah
Hebat!!!!!!Hahahaha.....
Bukan sebab aku Ulat buku ......
Tapi demi sebuah tugasan ....
Kalau tak memang aku takkan jejak kaki la ...=.="
Setakat singgah kekadang untuk baca Surat khabar FREE ja....
Teruk gak aku nih...
Tapi ada gak la usaha aku nak jejak kaki masuk Perpustakaan ...
Merayau-rayau dalam perpustakaan mencari 6 buah buku memang menguji kesabaran wooo
Masuk pukul 2.00 ptg keluar pukul 4.15 ptg ...
Rambang mata tengok banyak bahan bacaan untuk dipilih..
Macam-macam skill aku buat tadi...
Menyenget kepala nak baca judul buku
Mendongak ke syiling sebab rak tinggi sangat..Sakit kepala aku =.="
Duduk pun ada gak....Nak belek buku-buku bahagian rak bawah...
Dari senipis-nipis buku sampai setebal-setebal buku aku belek.....
Tengok ja....Bukan baca ar...Hahaha
Sebab 1st time aku loan buku ....
So terkial-kial jugak la tadi..
Nasib la ada sorang student cina tunjukkan cara nak loan tu...
Rupanya senang ja pun......
Tapi sebab aku tak pernah buat loan so nampak macam susah..Hahaha
Padahal isi 6 no awal IC ...pastu letak buku untuk discan....
Simple ja rupanya.....
Lepas nih boleh la rajin-rajin skit nak pinjam buku....
Dah tau prosedur macam mana....Hahaha
So sekarang dalam proses menyiapkan assingment tu.....
Baru semangat nak buat....
Ada sumber rujukan tambahan...
Bersedia nak hadam 6 buah buku....
Harap mental di tahap 100%
Choww.....
Jumaat, 7 Disember 2012
Do Not Stop Chasing You Dream ....
Hidup ini tidaklah seindah mimpi ,
Namun yang pasti mimpi mungkin menjadi realiti ,
Mengecapi impian adalah cita-cita yang terkandung dalam sanubari setiap insan,
Namun bukan semuanya akan terpilih untuk memilikinya,
Tapi janganlah putus asa ......
Tanamkan tekad untuk mengapai impian yang dianggap ilusi .......
Biar jatuh bangun berjuta kalipun ,
Selagi keazaman terpahat di hati ....
Nescaya pintu kejayaan akan terbentang jua nanti ,
Pendakian menuju puncak kejayaan hanya akan digapai jika kita terus mencuba tanpa jemu ,
Mungkin semalam kita insan yang gagal,
Tapi mungkin esok kita insan yang paling berjaya ,
Biarlah kita mengatur langkah satu persatu mengharungi erti kepayahan dalam hidup,
Agar nanti ,kita sentiasa berasa bangga dengan setiap kejayaan yang telah kita ukir ,
Walaupun kejayaan tersebut kecil di sudut pandangan orang lain ,
Tapi bagi kita ,itulah erti kepuasan sebenar kerana digapai berdasarkan usaha penat lelah kita sendiri ,
Jangan berasa rendah diri dan sedih jika keputusan yang diperoleh tidak memuaskan ,
Jadikan keputusan tersebut sebagai pemangkin diri ,
Kita bukan lemah sebenarnya tetapi kalimah keramat ''MALAS'' yang bersarang dalam diri menjadi faktornya....Gunakanlah kekuatan minda sepenuhnya .....
Lemparkan jauh sifat ini ke dasar laut paling dalam..
Tabahkan hati ,kuatkan semangat demi menuju
'' DESTINASI IMPIAN ''
Assingment Vs Final Exam
Minggu-minggu terakhir mengadap Assingment ........Merdeka !!!!!
YEs...PArt sini dah seronok....
Tapi x sepenuhnya...=.="
Final Exam plak ......Xbebas lagi....Adoiiiii
Tak boleh nak bersenang-lenang sangat ....
1st paper 29 hb nih..
Vacation days masih jauh lagi.....Adesss - Tak sempat nak manjakan badan.....Hahahaha
Kena plak bercinta 2 minggu +++ ngan buku ....
Dunia seorang mahasiswa.....Mcm tu la.....
Pagi sampai ke malam ngadap buku ...*Kononnya studi - Hahaha
Padahal ( Realiti ngadap x sampai 30 minit pun )
Habis masa tengok movie.....
Sedut daripada member-member seangkatan .....
Harap dpt fokus pada final exam kali nih.....
Semangat berkobar-kobar nih.....Hahahahaha
Bukan sebab nak exam tpi sebab nak cuti.....
Kekekekeke......( Perilaku kurang baik....Jgn tiru aku bab nih ...Hahaha)
My 1st Debut.....
Assalamualaikum kepada semua pembaca.......
Aku baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging nih....
Walaupun dah lama benda nih wujud....Hahahahaha
Baru nak membiasakan diri dengan aplikasi yang ada dalam blogger nih....
Tak sangka aku terkial-kial jugak nak paham segala benda nih....
Amik masa sejam jugak la......=)
Kenapa buat blogging?????
Mungkin ada yang sekadar untuk mengisi masa lapang ...
Mungkin ada yang nak berkongsi tip-tips kecantikan ,
Mungkin jugak nak berkongsi info-info terbaru dalam segenap lapangan
dan mesti ada yang gunakkan blog nih sebagi medium terbaik untuk menjalankan perniagaan.....
Part nih cerah mata aku.....DUIT!DUIT!DUIT! =)
Tapi bagi aku sebab nak berblogging nih >>>>> Ntah lah ( No idea )
Hahaha...Jgn kata aku pelik....
Aku cuma x jumpak matlamat aku lagi dalam berblogging nih....
Nanti aku fikirkan la.....Hahahah
Ermmmmm ...minat nak berblogging nih datang tanpa diduga....
Selama nih asyik baca blog orang ja....
Walaupun ramai jugak yang mencadangkan aku memulakan karier sebagai blogger....
So ,this is my 1st step enter blog world.....
Kepada Otai-otai blogger mohon kasi tunjuk ajar kepada junior .....
Langgan:
Catatan (Atom)